Friday, July 18, 2008

Thursday, July 10, 2008

Eddy Tomyam

I nak kenalkan satu gerai ni, nama dia Eddy Tomyam Seafood. Terletak kat Kuchai Lama. I think some of us penah pergi situ.

Gerai ni antara deretan gerai-gerai yang terdapat kat situ. Tapi dalam banyak-banyak gerai, yang ni la antara yang best. Best dari segi harga, makanan, amaun dia. I kat sini boleh dikatakan seminggu mesti datang 2-3 kali. Biasa order Nagi Goreng ayam. Ayam dia special skit, dia goreng kunyit and letak sambal atas nasi goreng itteww... panas-panas lagi n then rasa nasi n ayam memang best. Harga?? Mur sehej.

Pastu kalau order Bihun Goreng plak, memang best, dalam tu banyak sampingan-sampingan dia, tak macam sesetengah gerai kosong jer pastu tak kering, banjir je Bihun tuh. Portion pun sikit, rasa tak best unlike this gerai, memang best.

Masih ingat Gerai Bachok Kel..?? yess, yang ni memang mirip gerai Bachok Kel... cuba order kangkung goreng, protion dia banyak n ada daging, sotong, ayam... merisss...

Friday, July 4, 2008

Gerai - gerai di HUKM

Boleh dikatakan setiap hari, sebelum sampai ke opis, akan singgah kat gerai-gerai sini for breakfast. Tempat ni biasa jer cuma ada beberapa gerai la yang jual makanan breakfast. Kebanyakan yang datang staff HUKM. Gerai ni terletak kat pagar HUKM yang lagi satu, agak tersorok skit. Kalau jalan depan HUKM tu sebelum Balai Bomba masuk kiri, jumpa la gerai ni.
Apa yang best pasal gerai ni adalah menu dia yang banyak untuk breakfast, biasa orang jual nasi lemak, mee goreng, nasi goreng dan roti canai. Tapi sini macam-macam ada. Laksam, Pulut kuning, Lontong, Soto, Sup, Nasi kerabu, Roti Canai, Nasi Impit, macam-macam la.

Sekali tu try pulut kuning dia, makan ngan rendang daging... owhhh menariknya di pagi hari. Kat sini kalau Sabtu and Ahad tutup. Pernah sekali pegi sana for breakfast hari Sabtu, sampai sana tutup. Nasib masa tu memang nak pergi opis, sebab tempatnya on the way to opis jer.

Monday, June 30, 2008

Ikan Keli...


Hiks, besarnya ikan keli ni kan... Abang ipar i dapat masa mancing kat kampung i dulu.

Ni pandangan depan ikan tu. Besar kan. Kakak I tengah nak siang. Ikan ni hidup lagi waktu tengah siang tuh. Bila dah siang semua ikan tu dapat la sebesen besar. Macam nak buat kenduri plak. Malam tu we ols bakar je isi ikan tuh, rasanya memang la lembik-lembik tapi best, bagi penggemar ikan keli la. Selebihnya we ols goreng sambal keesokan harinya.

Friday, June 27, 2008

Kedai Kopi Kow Po

Kedai ni terletak kat Bentong. Kalau on the way nak pergi Kota Bharu or nak jumpa customer kat Hospital Bentong, mesti singgah kedai ni. Kedai ni biasa jer, tapi memang jadi tarikan kat Bentong. Menu yang ada pun tak banyak, sekadar Yong Tau Fu, tapi memang best la, simple n menariks. Then ada home-made ais-krim... pastu ada cendol, ABC, dan seangkatan dengannya. Kat depan kedai tu ada makcik2 dok jual mee goreng la, nasi lemak la... boleh gak beli kat makcik tuh then makan kat dalam. Owhhh lagi satu sesuai dengan nama dia, Kopi kat sini pun best also.

Saturday, June 21, 2008

Lumut Waterfront

16/6 lepas I pergi Lumut atas urusan bisness, kena buat Demo kat HAT, Lumut. Lumut ni town dia kecik jer, banyak Waterfront. Ada yang baru siap kot, sebab dulu pergi takde plak Waterfront ni. Malam tu nak cari la tempat dinner, ingat nak try la sebab dari jauh nampak kewat pun ada. Tengok je la signboard masuk tempat tuh.


Ni kat bahagian dalam. Masuk-masuk jer lengang je kawasan tuh. Tengah-tengah ada meja makan dikelilingi kedai-kedai 2 tingkat yang mewakili restoran tertentu. I tak paham la konsep food court sini. Rasa macam pelik jer. Takpe la try je la dulu, orang kat kedai pun macam layan tak layan jer, menu kena pergi to every kedai baru tahu diorang jual apa. Walaupun menu tu ada kat kedai tu, bila time order, kita akan dapat dari kedai lain. Nak bayar pun asing-asing walaupun order dari kedai yang sama. Owwwhhh... maybe I first time kot. Tak paham konsep dia. Tapi memang menyusahkan.


Ni haa... tengah-tengah dia kerusi meja je banyak tapi lengang. Hujung sana tu ada stage untuk karaoke. Tengah makan ni ada la orang menyanyi owhhh... rasa nak terkeluar je tahi telinga masa tu dengan bunyi yang bingit. Mungkin kalau Adren menyanyi atau She, sure ramai orang datang kan... Owhhh....

Yang penting makan dia u ols... hampeh. I order Bihun goreng, rasa dia...??? Macam pan***. Langes tak best. Dah la banjir. Pantang betul bihun goreng berair ni. Nak je masuk dapur dia tolak semua orang then ajar cemana nak buat Bihun goreng kering yang sedap. Laki I order sup daging. Rasa also hambar. Yesss.... air buah dia, langes takde rasa macam air buah. I order tembikai laksana secebis tembikai di celup dalam air panas. Hampehhh... Dinch pergi lagi foodcourt kat Waterfront ni. Harap tempat je kewat. Suasana hingar bingar, makanan jauh sekali dari sedap. Yang penting konsep food court dia cukup menyusahkan.




Thursday, June 19, 2008

Chim Chum

Ni I nak kenalkan satu restoran, Food Village kat Kota Bharu, on the way to Airport melalui Jalan Pengkalan Chepa. Mula-mula singgah restoran ni memang tak sangka ada makanan yang menarik. Diorang namakan Chim Chum, makanan ni ala-ala BBQ and Steamboat. Best jugak, buffet plak tuh, macam main masak-masak plak, leh BBQ daging, sotong or ayam yang dah di marinasi. Pastu ada bermacam balls (fish balls, sotong balls...) and sayur untuk di steamboat kan. Hiksss... menariks la... Harganya??? Murah jer buffet RM12.90 sorang tak termasuk air la.
Ni masa mula-mula hidang... pilih la nak masak apa...


Pastu masukkan dalam bekasnya, tunggu sampai masak, kejap je masaknyer...


Hiks.... tengah masak... bila dah siap sedaapppppp.... panas2 lagi makan especially yg bakar tuh. Owhhhh... tangan sapa tu....

So lets la try u ols kalau ada trip ke Kota Bharu nanti



Dapur Indah...


Tengok je nama restoran ni macam best jer nak try. Tengok pulak interiornya lagi la meletups... ala2 showroom IKEA pun ada. Hari tu cuba la nak try makan kat situ, katanya "Original Singapore Cuisine".
Tapi kan... menu nye ala...hai... beberapa jer, tu pun banyak yang tak ada la, kalau nak order nasi ayam, ayam pulak habis. Kalau nak order soto, nasi impit pulak takde. Masa tu I order la mee rebus, owhhh... rasanya.... nak tahu rasanya macam mana. Takde rasa. Yes... hambar jer, nak je pegi kedai mamak sebelah mintak perencah maggie tambah dalam tuh. So u ols, dinch pegi restoran tu.


Permulaan baru

Blog lama dah di delete, maknanya kita akan start baru... mungkin kali ni akan sentiasa di update kan atau mungkin akan menerima nasib yang sama seperti blog yang sebelum ni atau blog kawan-kawan lain yang terkubur begitu sahaja.

Walau apapun, see how la.....